Wednesday, March 5, 2008

SURAT RASMI NAK KAHWIN LAGI




Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

APA HUBUNGAN GOOGLE EARTH DENGAN ISRAEL?

"Tahu apa itu Google Earth? Pernah mencubanya? Kolumnis terkenal Muhammad Hasanain Haikal menyentuh soal Google Earth yang dipercayai dikendalikan oleh orang-orang Israel.

Hal ini dikesan kerana peta yang ditampilkan dalam Google Earth itu tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi ketenteraan dan plbagai tempat strategik Israel, selain gambar petanya juga cenderung buram, bila dibandingkan tampilan gambar kawasan lain.

Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang kredibiliti Google Earth sebagai fasiliti satelit yang mampu memantau secara terperinci seluruh tempat di dunia ini, sejak beberapa bulan lalu.

Dalam forum "Bersama Haekal" yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap petang Khamis, dikatakan, "Sekarang ada satelit yang dapat memaparkan semua tempat. Dan Google menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia. "

Benarkah seluruh dunia dapat dilihat di layanan Google Earth? Ternyata tidak. Peta Isarel tidak ada di sana. Sesuai ketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan dan menjual peta apapun tentang Israel kerana peta Israel khusus hanya dimiliki Departemen Pertahanan AS.

Menurut Haikal, "Saya tidak tahu ada satu negara yang terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah cuba untuk masuk ke wilayah Israel tapi lokasi itu buram saja tampilannya dalam Google Earth. "

Berbeza apabila kita mencoba mengakses fasiliti yang sama untuk melihat peta Mesir, yang berjiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, dapat dilihat lokasi strategik apapun di Mesir. "Saya dapat melihat istana, dan berbagai-bagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting Mesir secara ketenteran, " ujar Haikal.

Menurut koresponden Islamonline bahagian Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilancarkan, lokasi Israel menampilkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang saat ini sudah banyak berubah. Setelah itupun, kini peta Israel menjadi buram. Mungkin terkait dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.

Sementara dari pihak Google sendiri, mengatakan mereka tetap peduli memberikan yang terbaik bagi pengguna fasiliti yang ditawarkan. Hanya saja, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian mengatur tampilan Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol)

Sumber: Isu hangat

My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory