Monday, April 7, 2008

Sufiah rupanya dedap tidak berbau!

Entah dimana silapnya dan siapa yang perlu dipersalahkan... Kanak-kanak yang dianugerahkan kepintaran luar biasa atau ‘genius’ seperti Sufiah Yusof, kini menjalani kehidupan dalam gelombang hitam yang menjijikkan.

Tiada siapa pernah menduga kanak-kanak geliga yang dibentuk dalam acuan yang dianggap ‘cukup sempurna’ sepatutnya mampu menuai hasil dari kebijaksanaannya sendiri akhirnya kecundang ditengah jalan.

Kini dengan pengakuan Sufiah yang terbaru iaitu dia tidak menyesal dengan profesion terbarunya, sebagai high-class social escort, benarlah kata orang Sufiah bukanlah mawar harum tetapi dedap yang tidak berbau.

Jika 10 tahun lalu nama Sufiah Yusof pernah menggemparkan dunia kerana berjaya diterima masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford, England, seawal usia 13 tahun, kini Sufiah mengulangi 'rekod' dengan menjadi perempuan Melayu pertama yang mengaku tidak bersalah menjalankan aktiviti sosialnya.

Kejayaan lampau yang menjadikan beliau sebagai pelajar termuda yang menjejaki kaki ke universiti untuk belajar matematik pada tahun 1997 cukup membanggakan bangsa Melayu.

Nama Sufiah kembali hangat diperkatakan pelbagai pihak sebagai ‘wanita Melayu penuh berahi’.

Sana-sini ada saja bisik-bisik mengenai kisah Sufiah yang dibongkar oleh wartawan akhbar tabloid, News of the Word tentang kehidupan baru yang menjadi pilihannya sendiri.

Akhbar itu turut melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan harga 130 pound (RM830) bagi setiap sesi.

Terbaru, akhbar tabloid itu menyiarkan hasil temubual wartawannya dengan Sufiah yang mendedahkan bahawa beliau mengakui tindakannya menjual tubuh memberikannya kehidupan yang jauh lebih seronok dan glamor!

Lebih hebat apabila beliau sendiri tidak pernah merasa jijik dan kesal malah memandang tinggi terhadap karier barunya sebagai seorang pelacur kelas atasan!

Persoalannya mengapa gadis sepintar Sufiah boleh terjebak ke kancah penuh hina dan menjijikkan itu?

Adakah kerana acuan hidup yang disediakan bapanya, Farooq Yusof menjadikan kehidupannya tertekan sehingga beliau memilih untuk terjun ke dunia penuh kehinaan sebagai menzahirkan rasa protes?

Atau benarkah mengenai cakap-cakap bahawa beliau terjebak dek kerana pengaruh anasir luar yang cemburu dengan kebijaksanaan wanita Islam seperti Sufiah?

Bagi penulis, biar apa jua telahan atau spekulasi yang dibuat mengenai Sufiah, kekuatan dalaman individu itu sendiri perlu dilihat dan diukur.

Atas dasar tanggungjawab sesama Islam, kerajaan Malaysia melancarkan misi ‘Selamatkan Sufiah’ yang di ketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

“Kita terpanggil untuk membantu menyelamatkan Sufiah kerana syarikat Sime Darby dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab menanggung kos pembelajaran Sufiah di Oxford dahulu.”

“Walaubagaimanapun kita perlu akur jika Sufiah enggan diberikan bantuan, kita hanya boleh berusaha untuk membantu, tapi semuanya bergantung kepada Sufiah sendiri.

“Kita nak bantu orang sakit, tapi kalau orang sakit itu enggan makan ubat...apa yang boleh kita lakukan,” tambah Mashitah lagi.

Tertekan? Memberontak? Terkongkong? Jika ini yang cuba disuarakan Sufiah mengenai perjalanan hidupnya selama ini, maka kita boleh andaikan bahawa kecenderungan ibu bapa Sufiah untuk melihat anak mereka berjaya adalah punca kecelaruan ini berlaku.

Tetapi persoalan besar yang perlu dirungkaikan ialah mengapa adik-beradik Sufiah yang lain tidak pula memberontak sedemikian rupa?

Ataupun kita cuba untuk beralih persepsi untuk mengatakan bahawa pengaruh persekitaran atau rakan-rakan adalah faktor kemusnahan hidup Sufiah?

Hakikatnya, walau berbakul-bakul andaian atau berguni-guni persoalan yang cuba kita singkapkan, ia sebenarnya perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak sama ada ibu bapa ataupun anak-anak untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan akidah yang sempurna sebagai ‘pendinding’ atau perisai.

Keghairahan ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya perlu ada batasnya dan berlandaskan akal yang waras. Pendidikan agama sepatutnya diberikan prioriti ketika menyediakan acuan untuk anak-anak.

Jangan kita perjudikan masa depan anak-anak semata-mata untuk mencapai kepuasan yang tiada batasnya.

Bayangkan ketika zaman kanak-kanak yang sepatutnya penuh ceria dengan hilai tawa ketika bermain-main dengan rakan sebaya, Sufiah terpaksa menghabiskan waktunya untuk belajar.

Penulis tidak bermaksud untuk menongkang arus dengan mengatakan bahawa zaman kanak-kanak hanya untuk bermain-main...tidak sama sekali, tetapi biarlah berpada-pada!

Bagi remaja hari ini, terutamanya penuntut di institut pengajian tinggi (IPT), kisah perjalanan hidup Sufiah yang tergelincir akhlak ketika di kampus harus dijadikan iktibar.

Ada yang bertukar ‘wajah dan watak’ apabila menuntut di IPT sehingga merunsingkan ibu bapa di kampung.

Jangan jadikan universiti sebagai jurang pemisah antara anak dan ibu bapa.

Si anak, jangan leka dan alpa kononnya mereka cukup bagus dan bijak untuk memilih jalan hidup sendiri yang dirasakan versetail dengan gaya hidup serba moden dan mewah serta kian mencabar dan akhirnya kecundang dalam arus deras kejutan budaya.

Paling penting, pegangan agama dan akidah yang mantap perlu menjadi kiblat yang teguh dalam diri setiap individu agar tidak mudah goyah dan rapuh dengan mainan duniawi yang umpama topeng dan wayang!


Source:Star

Cerita tentang katak

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...

... yang berlumba lari
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perl umbaan dan memberi semangat kepada para peserta...


Perlumbaan dimulai...


Secara jujur:
Tak satupun pen on t on benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu su kar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menarany a terlalu tinggi...!!


Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
..... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..



Penonton terus bersorak



"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan ber jaya!"


Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
.....Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!



Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?


Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!



Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi per ila kumu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu....


POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Kirim pesanan ini kepada minima 5 temanmu.
Berikan mereka motivasi!!!
Kerana teman yang baik adalah teman yang saling memberi motivasi satu sama lain.

Amaran pada Kaum Hawa

kepada sumer kaum pempuan yang memandu,benda ni betul2 mnakutkan.. benda ni betul2 terjadi kat penang.. korang ingat lagi x dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

hmm..ader sorang pompuan ni berenti dekat stesen gas "pay-at-the- pump" untuk isi mnyak..sebaik saja dia siap isi mnyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit pompuan ni ad problem sket..pekerja tu suruh pompuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi pompuan ni confused la sbab transaksi mnunjukkan yang pembayaran kad kredit dier diluluskan dan xder msalah paper pon.. so pompuan tu bgtau la pkerja tu dan dia pon bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..pompuan tu pon decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje die msuk kat dlam..dia mula marah kat pkerja tu.. lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nk tau aper?? sbenarnya msa pompuan tu dok isi mnyak,pkerja tu nampak ada lelaki mnyelinap kat blakang keta pompuan tu dan pkerja tu dah pon tepon polis..

Pompuan tu pon apalagi,takut r..dia pon try intai dan dia nampak pintu keta dia terbuka dan laki tu keluar dari keta dia..

hmm..ada laporan yg mngatakan yg skang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk keta orag pompuan masa pompuan tu tgh pump gas atau beli brang kat kdai TGH2 MLAM!! kemudian,diorang akan potong kaki pompuan tu untuk mmudahkan diorang culik dan bunuh pompuan tu.. satu cra lagi plak,diorang akan msuk kedalam keta yg xder orang n x berkunci kemudian culik pompuan tu dan bunuh diorang..

korang pass la msg ni kat mna2 pompuan yg korang knal.. bg org pompuan plak,be xtra careful n kalo bley,jgn kuar sorang2 tghh malam.. lagi elok,x yah kuar langsung mlam2.. mesejnya:

1:selalu la kunci pintu keta wlaupun korang rasa korang nk kuar jap jer.. (walaupun nk buka pintu pagar umah)

2:check bwah keta waktu korang nak balik ke keta lpas selesai urusan korang..

3:Always be aware of your surroundings and other individuals in your general vicinity, particularly at night!


nie nk tambah sket....
klu ader dah msk kete pas2 ternampak ader kertas ker or flyers kat wiper x
kira la kat blkg atau depan, abaikn jer.

1 lagi yg slalu aku wat, klu aku kuar xkira la pegi bayar tuk isi minyak ker org bli brg kat kedai kejap ker,aku sentiasa pesan pada wife or org yg naik kete sama ngan aku tuk kunci kete tue..bkn aper..tkt nnt kna ragut atau sebagainya.

Mohd Khalid Nashrulhadi

Takutnya


My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory