Thursday, March 20, 2008

Subject: Sabar Sayang! Tahan Saja, Esok Baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang...! Macam mana ni bang..?" Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

"Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!" Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA

Pada akhir za man yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami.Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..

1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya "ikhlas" bagi isteri guna.

3.SABUN,BERUS, PENYAPU ,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. lelaki sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakanya.

4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar-
tukar tuala..

5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua.....baju dalam)

6.BARANG KEMAS ,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas.....tp beli jugak utk isteri....

7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gin cu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.

8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi...

9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedang kanlelaki mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama....

10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.

MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG. ..WARGH.. .....

Renung2kan dan selamat beramal... .

Talkin buat Umno?

Oleh: Roslan SMS Corner

Saya terima isyarat bahawa Umno semakin tenat dan kini sedang meniti nazak yang memungkinkan segala-galanya ranap dan musnah sama-sekali. Rupa-rupanta doa Tok Guru tempoh hari tidak berakhir dengan dikurniakaan kejayaan buat PAS di Kelantan semata-mata. Rupa-rupanya doa dengan air mata bercucuran Tok Guru turut mencetuskan pecah-belah dan kehancuran di dalam Umno.

Kabinet PM Dollah Badawi, retak apabila dua orang Timbalan Menteri enggan menerima tawaran jawatan. Kata Tengku Azlan, beliau telah lama sebagai Timbalan Menteri, selayaknya beliau naik sebagai menteri penuh. Dalam hal ini saya bersetuju takkanlah Mat Taib lebih layak dari Ku Lan!

Kemudian sebentar tadi diumumkan Radzi Sheikh Ahmad, yang digugurkan dari jawatan menteri, telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno. Dan adalah difahamkan sebentar tadi jam 2.30 petang, Rafidah Aziz turut akan meletakkan jawatans ebagai Ketua Wanita Umno.

Apa dah jadi Umno?

Tidak pernah dalam sejarah parti itu perkara-perkara yang kita lihat hari ini berlaku. Tidak pernah Umno hilang begitu banyak kerusi, tetapi ia berlaku hari ini. Tidak pernah pimpinan Umno tolak jawatan Timbalan Menteri, tetapi ia berlaku hari ini. Tidak pernah Setiausaha Agung (dan jika benar Ketua Wanita juga) letak jawatan sebegini, tetapi berlaku hari ini.
Saya difahamkan krisis retak menunggu belah dalam Umno ini tidak berakhir disitu sahaja.

Banyak lagi yang kecewa dan tidak berpuasa hati turut akan mengambil tindakan. Di Terengganu difahamkan kira-kira ADUN Umno bersetuju menolak Idris Jusoh sebagai MB. Begitu juga halnya dengan mereka yang hilang keyakinan terhadap kredibiliti dan kemapuan Dollahs ebagai Presiden dan PM.

Ya Allah yang menurunkan kitab yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami keatas mereka.

Khir Toyo pula letak jawatan- Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Mar 19, 08 6:31pm
kemaskini 10:15pm Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah," katanya, sambil menegaskan sekarang bukanlah masa Umno berpecah.

"Saya lihat sekarang telah ada sikap saling salah-menyalah antara satu (pemimpin) sama lain. Saya melepaskan jawatan ini kerana rasa perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti...

"(Keputusan) ini baik untuk (Umno) Selangor."

Jawatannya itu akan diambil alih oleh ketua penerangan Umno, dan juga bekas menteri besar, senator Muhammad Muhd Taib.

"Saya berharap ahli Umno akan menyokong kepemimpinan baru," katanya.

"Saya akan terus menyokong Tan Sri (Muhammad) ... saya bersama Tan Sri akan turun ke bawah."

Pengumuman mengejutkan itu dibuat kira-kira 9 malam ini sebelum kedua-duanya menyertai mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di Shah Alam.

Ura-ura peletakan jawatan Mohd Khir bermula lewat petang tadi.

BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Negeri itu kini ditadbir pakatan tiga parti pembangkang yang diketuai menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mohd Khir juga berkata, beliau telah berbincang dengan presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebelum mengambil keputusan tersebut.

Abdullah bersetuju dengan keputusan tersebut, tambah Mohd Khir.

Peletakan jawatan itu tidak disebabkan oleh tekanan pihak-pihak lain, katanya.

Mohd Khir berkata Umno akan merampas semula Selangor dan bedah siasat punca kekalahan mengejut itu sedang dijalankan.

Pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Radzi - yang tidak dilantik semula ke kabinet - meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno dan BN berkuatkuasa serta-merta.

Beliau memberikan alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan akibat tidak terpilih sebagai anggota kabinet.

"Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja.

"Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet. Jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai setiausaha agung ... saya tak boleh kerja," katanya.

My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory