Sunday, March 23, 2008

PERIHAL FILEM-FILEM

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA .

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.


Drama/Filem India / Hindustan .

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu
kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk tu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,

Ah yau Jengkol Spielberg.
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg ).

HERBA-HERBA POPULAR

Di bawah ini diterangkan serba sedikit mengenai herba-herba yang selalu diambil. Pengambilan herba selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk melihat kesannya. Bagaimanapun, bolehlah dikatakan herba-herba ini selamat dan tidak ada kesan-kesan sampingan yang ketara. Herba-herba ini boleh dijadikan sebagai alternatif kepada ubat-ubat konvensional yang biasa didapati dari klinik atau farmasi.

Echinacea. Herba ini boleh menguatkan sistem imunisasi anda (daya menahan penyakit). Pengambilannya semasa anda diserang selsema membolehkan anda sembuh dengan lebih cepat. Selain daripada itu, ia juga banyak digunakan untuk orang yang mempunyai kulit bermasalah. Dalam perkataan orang biasa, herba ini berupaya mencuci darah.

Bawang putih. Bawang putih atau garlic banyak digunakan untuk mencegah angin ahmar (stroke) dan sakit jantung. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol. Bawang putih juga boleh membuang angin di dalam badan.

Halia. Halia atau ginger digunakan untuk mencegah pening semasa menaiki kenderaan (motion sickness). Ia juga digunakan dengan efektifnya sebagai penawar sakit-sakit sendi atau arthritis. Seperti bawang putih, halia boleh membantu mengurangkan angin di dalam badan.

Ginkgo biloba. Herba ini berupaya membantu peredaran darah ke otak dan bahagian-bahagian lain badan. Oleh itu, ia digunakan untuk meningkatkan daya ingatan. Ia juga berguna untuk yang menghidap penyakit darah tinggi dan angin ahmar.

Ginseng. Ginseng digunakan secara tradisional untuk memberi tenaga kepada badan yang letih. Korean ginseng menyebabkan badan rasa panas tetapi American ginseng tidak.

Kava-kava. Ia digunakan untuk memberi ketenangan kepada mereka yang stress, tension, panik dsb. dan juga mereka yang sukar untuk melelapkan mata. (Bagaimanapun mulai Ogos, 2002 penggunaan produk mengandungi kava-kava kini tidak lagi disyorkan kerana ia menyebabkan kesan-kesan sampingan).

St. John's Wort. Ia juga dikenali sebagai Hypericum. Ia sangat berkesan digunakan sebagai anti-depressant, iaitu penawar kepada mereka yang mengalami masalah tekanan yang teruk. Bagaimanapun, ia tidak boleh diambil bersama-sama dengan beberapa jenis ubat seperti warfarin, cyclosporin, theophylline, amitryptalline, digoxin, carbamazine dan pil-pil perancang.

Saw Plametto. Digunakan untuk yang menghadapi masalah prostat (lelaki). Ia juga digunakan oleh orang perempuan untuk mencegah jangkitan kuman di saluran kencing.

Valerian. Herba ini digunakan untuk memudahkan anda tidur. Ia tidak mempunyai kesan-kesan sampingan seperti ubat-ubat tidur biasa.

Tongkat Ali. Digunakan biasanya oleh orang lelaki untuk meningkatkan tenaga dalaman dan luaran.

Herba-herba ini selalunya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi-farmasi. Kadang-kala produk yang dijual tersebut mengandungi satu bahan sahaja. Ada banyak juga yang mengandungi kombinasi bahan-bahan di atas atau bahan-bahan di atas dengan bahan-bahan lain.

Farmasi Anis

Perlukah kita mengambil vitamin?

Penghadaman makanan yang tidak sempurna. Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.
Pemakanan dan peminuman. Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

Pengambilan alkohol. Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12 , vitamin C dan vitamin A.

Merokok. Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.

Pengambilan julap. Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat – waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.

Proses pemasakan. Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh mikrowave.

Makanan yang diproses. Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.

Pengambilan anti-biotik. Anti-biotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

Alahan kepada makanan. Individu yang alahan kepada gluten dan laktose (oleh itu tidak mengambilnya) menyebabkan mereka tidak mendapat vitamin-vitamin yang diperlukan dari sumber-sumber ini seperti thiamin, riboflavin dan juga kalsium.

Sakit. Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan calcium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

Tekanan. Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

PMT (Pre-Menstrual Syndrome). Tanda-tanda seperti sakit kepala dsb semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

Mengandung. Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosporus.

Pil perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik.

Kurang pendedahan pada cahaya matahari. Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

Simpanan yang sedikit. Ada individu yang mempunyai simpanan vitamin A yang sedikit. Vitamin ini penting dalam pembentukan kulit, lapisan hidung dan lapisan paru-paru yang sihat.

My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory