Friday, April 4, 2008

Sebab wanita lebih cepat nampak tua

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

~betul ke tu?atau para suami cari alasan untuk kawen satu lagi? apa kata anda ek? info ni bagus jugak untuk mereka yang bergelar suami dan isteri, suami hargai isteri anda...dan isteri hargai suami anda, so kalau rasa nak kawen lagi satu tu pk-pklah sepuluh kali,tepuk dada tanya iman..bukan tanya nafsu atau selera~

(BERITA PPIM) BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

(BERITA PPIM) PRODUK DARI BELANDA

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall's - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady's Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

MACAM KOMEN AF

Di sebuah majlis akad nikah,pengantin lelaki bernama Hassan(si pembela lembu berjaya)

Kadi : Hassan

Pengantin : Saya ustaz..

Kadi : Dengar baik2 ye Hassan..Aku nikahkan dikau dengan si Polanah bt Polan dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai.

Pengantin : Aku terima nikahnya Polanah bt polan dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai.

Kadi : Sah? (b'tanya saksi pertama)

Saksi 1 : Sah

Kadi : Sah? (b'tanya kepada saksi kedua)

Saksi 2 : Sah

Kadi : Sah?(kepada saksi ketiga)

Saksi 3: Err..lontaran suara awak kurang jelas..saya tak dengar ape awak cakap..pithcing b'terabur ke laut..kuar acuan terus..xde feel..jiwa awak kosong..low note awak xsampai,high note awak plak xde kawalan..kasi sustain,falseto lemahteknik ramify pun tak mantap,suara macam orang nak berak jer..buruk bebenor bunyinyer! Tapi 1 saya suka..awak ada ciri2 seorang pesona bintang, awak akan lebih berjaya jika melakukan yg lebih baik dr ini..

My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory