Saturday, March 22, 2008

Pemilihan huruf pertama pada nama

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga
sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam
bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan
kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang
dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung
jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan
dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai
perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka
menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak
suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat
berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati
masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan
balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan
sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan
waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan
mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja
yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar
cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika
marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi
marahnya meledak-ledak. (i'm a dangerous
person.....hehehehe he.....)

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila
bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan
orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus
terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya
sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka
disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

No comments:

My Blog List

Maps

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

BlogCatalog

Diet & Nutrition Blogs - BlogCatalog Blog Directory